Google Ads

http://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?ad_type=video&client=ca-video-pub-4968145218643279&videoad_start_delay=0&description_url=http%3A%2F%2Fwww.google.com&max_ad_duration=4

Sunday, September 8, 2019

Adakah wanita haid boleh baca Al Quran?



Ustazah, saya pernah dengar ada ustaz kata boleh baca alquran kalau kita biasa amalkan surah tu? Sebenarnya hukum membaca alquran bagi wanita haid atau nifas bagaimana?

Ok. Jom saya kongsikan terlebih dulu HUKUM MEMBACA ALQURAN KETIKA HAID /NIFAS?

Jawapan jumhur ulama MUKTAMAD  TIDAK BOLEH menurut 3 mazhab kecuali  mazhab maliki.

Dalam mazhab Syafie membenarkan wanita haid/nifas membaca alquran dengan SYARAT. Seharusnya kita beri tumpuan pembahasan dlm mazhab syafie kerana kita bermazhab syafie.

 Antara syarat saya pointkan disini ialah:

1) Mengajar dan belajar alquran. Harus hukumnya bagi seorang guru alquran menyebut ayat dalam alquran walaupun dalam keadaan haid atau nifas. (Jadi tak perlu lagi wasap anak murid jangan dtg mengaji sebab ustazah uzur ya ๐Ÿ˜„..)

2) ulang hafazan dibolehkan di dalam hati. Jika tidak mampu boleh dilafazkan dengan niat zikir . Dilarang menambah ayat hafazan ketika haid atau nifas

Adapun kekhawatiran (seorang wanita haid) akan lupanya hafazan Al-Quran maka hal itu sangat jarang terjadi disebabkan waktu haid biasanya 6 atau 7 hari dan dalam rentang waktu ini biasanya seorang tidak akan lupa hafazannya. Kekhawatiran akan lupa bacaan ditanggulangi dengan membacanya dalam hati..

Rujukan : An-Nawawi. Al-Majmu’ Syarah Al-Muhadzdzab. Jilid 2, Hlm. 357: Darul Fikr.

3) Dalam situasi darurat .contoh, pelajar yg akan menjalani ujian penilaian hafazan alquran . Diharuskan utk menambah ayat hafazan walaupun dlm keadaan haid atau nifas.

4) Harus (dibolehkan hanya) baca sepotong2 ayat alquran yang menjadi amalan seperti ayat2 alquran yang terkandung dalam Alma'thurah dengan niat zikir pendinding.

Wallahu a'lam....

*Kitab Hukum, Darah Haid, Istihadah dan Nifas*

No comments: