Google Ads

http://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?ad_type=video&client=ca-video-pub-4968145218643279&videoad_start_delay=0&description_url=http%3A%2F%2Fwww.google.com&max_ad_duration=4

Tuesday, September 10, 2019

☆Tadabbur Kalamullah 11Muharram 1441H☆



وَضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلࣰا قَرۡیَةࣰ كَانَتۡ ءَامِنَةࣰ مُّطۡمَىِٕنَّةࣰ یَأۡتِیهَا رِزۡقُهَا رَغَدࣰا مِّن كُلِّ مَكَانࣲ فَكَفَرَتۡ بِأَنۡعُمِ ٱللَّهِ فَأَذَ ٰ⁠قَهَا ٱللَّهُ لِبَاسَ ٱلۡجُوعِ وَٱلۡخَوۡفِ بِمَا كَانُوا۟ یَصۡنَعُونَ

"Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan" [Surah an-Nahl 112]

#Ayat ini menggambarkan dengan jelas dan tegas betapa Allah swt akan membinasakan sebuah negeri/negara/kampung yang penduduknya berbuat zalim, melakukan kemungkaran dan mengingkari nikmat-nikmat Allah (kufur), sehingga Allah menimpakan kepada mereka seksaNya berupa kelaparan dan ketakutan. Demikianlah kesudahan yang mensengsarakan bagi manusia-manusia yang derhaka pada Allah dan mengkufuri nikmat pemberianNya.

#Diantara sebab mereka dibinasakan ialah:

1. Melakukan kesyirikan dan kezaliman .

وَكَذَ ٰ⁠لِكَ أَخۡذُ رَبِّكَ إِذَاۤ أَخَذَ ٱلۡقُرَىٰ وَهِیَ ظَـٰلِمَةٌۚ إِنَّ أَخۡذَهُۥۤ أَلِیمࣱ شَدِیدٌ

"Dan demikianlah azab Tuhanmu, apabila ia menimpa (penduduk) negeri-negeri yang berlaku zalim. Sesungguhnya azabNya itu tidak terperi sakitnya, lagi amat keras serangannya" [Surah Hud 102]

2. Sombong (menolak kebenaran) dan tidak bersyukur kepada Allah

وَكَمۡ أَهۡلَكۡنَا مِن قَرۡیَةِۭ بَطِرَتۡ مَعِیشَتَهَاۖ فَتِلۡكَ مَسَـٰكِنُهُمۡ لَمۡ تُسۡكَن مِّنۢ بَعۡدِهِمۡ إِلَّا قَلِیلࣰاۖ وَكُنَّا نَحۡنُ ٱلۡوَ ٰ⁠رِثِینَ

"Dan berapa banyak Kami binasakan negeri-negeri yang penduduknya telah berlaku sombong dan tidak bersyukur dalam kehidupannya (yang serba mewah dan senang lenang). Maka itulah dia tempat-tempat tinggal mereka terbiar tidak didiami orang sesudah mereka (dibinasakan), kecuali sedikit sahaja dan sesungguhnya Kamilah yang mewarisi mereka" [Surah al-Qasas 58]

3. Membiarkan berleluasanya maksiat sedangkan mampu mencegahnya. Sabda Nabi saw:

“Tidaklah suatu kaum yang di tengah-tengah mereka dilakukan kemaksiatan, sedang mereka mampu mencegahnya, tetapi tidak mahu mencegahnya, melainkan Allah akan menimpakan azab secara merata kepada mereka” (HR Abu Dawud)

4. Suburnya zina, liwat, homoseksual (LGBT) dan riba

“Apabila perbuatan zina dan riba sudah terang-terangan di suatu negeri, maka penduduk negeri itu telah rela terhadap datangnya azab Allah untuk diri mereka” (HR al-Hakim)

#Ingatlah bahawa dosa dan maksiat menjadi sebab besar dibinasakan sesuatu kaum. Jangan sesekali meremehkan dosa, kerana kesannya teramatlah besar dalam kehidupan ini.

♡Sedarilah bahawa bala bencana yang menimpa kita tersangat besar kemungkinan disebabkan dosa-dosa yang dikerjakan oleh kita sendiri. Semoga kita tidak termasuk orang-orang yang menjadi penyebab turunnya bencana di negeri/negara ini. Aamiiin♡

No comments: