Sunday, September 8, 2019
Janganlah kamu marah
*بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم*
*اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ*
┏🌹🌹🌹━━━━━━━━━━━━┓
*ﺍﻟﻠّٰﻪﷻ T A Z K I R A H H A T I مُحَمَّدٍﷺ*
┗━━━━━━━━━━━━🌺🌺🌺┛
Ulama berkata:
☀️ "Siapa yang berpagi pagi dalam keadaan suka marah marah adalah golongan manusia yang tidak berpuas hati dengan takdir Allah SWT"
☀️ Adakala Allah beri ujian dipagi begini sebagai kafarrah untuk menghapuskan dosa-dosa kita yang kita lakukan pada malam sebelumnya.
☀️ Tapi sesetengah kita tidak sedar, terkadang pagi pagi lagi sudah marah marah dan merosakkan kebahagiaan pagi kita sedang Allah datangkan ujian di pagi hari untuk menghapus dosa yang tersisa.
☀️ Biasa kita lihat di sekitar kita, ada orang marah marah anaknya di pagi hari kerana sebab-sebab kecil. Dan ada juga yang marah akan suami atau isterinya kerana perkara yang keci juga.
☀️ Pagi-pagi lagi sudah tidak berpuas hati dengan suami/isteri/anak-anak sampai terjadinya leteran dan marah-marah.
☀️ Marah marah lagi bila tersangkut dalam traffic jam atau kelewatan.
☀️ Ada juga manusia yang pamerkan wajah cuka dan 'bad mood' dan suka marah-marah pekerja bawahan mereka diatas sebab kecil yang hanya layak ditegur saja.
☀️ Ulama menyebut, manusia sebegini adalah dalam golongan manusia yang hati kecilnya tidak dapat menerima atau tidak berpuas hati dengan takdir Allah kepadanya.
☀️ Kita tidak sedar kesan marah marah kita itu. Selalunya kita akui kita redha, tapi hakikatnya akhlak kita mempamerkan hal yang berlainan. Perangai yang kita tunjuk yang sebaliknya.
☀️ Begitulah kita. Tanpa ingat Allah menatijahkan hati kita tidak akan berpuas hati dengan Allah.
☀️ Moga menfaat pagi ini untuk kita renungi diri kita yang lemah ini.
والله تعالى اعلم بالصواب ...
*_Mudah2an Kita Semua Tergolong Didalam Golongan Orang-Orang Yang DiRahmati Dan DiBerkati Serta Dikasihi Allah SWT Disamping Orang-Orang Yang Kita Sayang_*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment